APA ITU RANGKAIAN KOMPUTER
PERANTI RANGKAIAN
Peranti Rangkaian komputer merupakan peranti yang menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protokol yang sama.
1.PENYESUAIAN RANGKAIAN KOMPUTER
Kabel RJ45
· Digunakan untuk
menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke
rangkaian internet.
· Adalah perkakasan yang digunakan untuk
menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara
berwayar.
2. KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN (NIC)
· Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
· Peranti
komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian
dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
· Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
· Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.
3. HAB
· Peranti
komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di
dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
· Hab
mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan
disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh
menerima data berkenaan.
· Hab adalah sebuah
peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah
rangkaian.
4. SUIS (SWITCH)
· Peranti komunikasi ini
mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi
ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima
dan menghantar data tersebut dengan tepat.
· Suis
merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa
penghantaran data kepada destinasinya.
5. MODEM
· Alat
ini membolehkan komputer menghantar data melalui
talian telefon atau kabel.
· Merupakan
peranti
yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk
analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.
6. PENGHALA (ROUTER)
· Penghala membawa data
daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
· Peranti
rangkaian komunikasi ini mempercepatkan
penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi
sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.
7. TITIK CAPAIAN TANPA WAYAR (WIRELESS ACCESS
POINT)
· Alat
ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk
membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
· Alat
ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat
penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah
rangkaian.
· Alat
ini berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada
peranti-peranti lain.
Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri
sendiri untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu disambungkan ke hab, suis
atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.