Isnin, 18 Julai 2016

PERANTI RANGKAIAN KOMPUTER

APA ITU RANGKAIAN KOMPUTER



                       

 

Image result for haiwan yang hampir pupus

              PERANTI    RANGKAIAN

Peranti Rangkaian komputer merupakan peranti yang menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protokol yang sama.

Perkakasan Rangkaian Komputer terdiri daripada :

1.PENYESUAIAN RANGKAIAN KOMPUTER
Kabel RJ45

·   Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
·   Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.

2. KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN (NIC)
· Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
· Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
·  Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
·  Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.

3.  HAB

·       Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
·  Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
·  Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.


4. SUIS (SWITCH)

·     Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.
·  Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.


5. MODEM

·     Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
·  Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.


6. PENGHALA (ROUTER)
·  Penghala membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.

  Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
·  Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan  penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.

7. TITIK CAPAIAN TANPA WAYAR (WIRELESS ACCESS 
    POINT)
·  Alat ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
· Alat ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.
· Alat ini berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain.
        Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu    disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.